KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai Hot FM, Ajak Shiro, dikejarkan ke hospital malam tadi selepas tidak sedarkan diri akibat sakit pada bahagian perut.
Isterinya, Nur Afifah Amin berkata, Ajak disahkan mengalami tekanan kerja melampau sehingga menyebabkan badannya kekurangan air.
"Suami saya mengadu sakit perut sejak pagi semalam lagi, namun menukar 'mood' apabila perlu bersiaran secara langsung sebagai pengacara program Melodi. Keadaannya bertambah teruk pada sebelah petang dan kemudian dia tidak sedarkan diri.
"Selepas dikejarkan ke hospital, doktor mengesahkan ototnya terlalu penat dan kekurangan air. Jadi, dia perlu berehat selama beberapa hari bagi mengelakkan kesakitan dialami memberi kesan kepada buah pinggangnya pula nanti," katanya.
Bercakap kepada BH Online, Afifah berkata, Ajak sebenarnya tidak suka jika ceritanya jatuh sakit mendapat perhatian umum.
"Dia memang mahukan perhatian lebih diberikan kepada kerjaya seninya," katanya sambil memberitahu, Ajak bernasib baik kerana ketika ini jadual kerjanya agak kosong selama beberapa hari, sebelum kembali sibuk sehinggalah ke penghujung Mac ini.
AJAK dan isteri ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 di Nilai, Januari lalu. - Foto: Hasriyasyah Sabudin
Afifah turut menjelaskan, doktor masih memantau kesihatan suaminya selain meminta Ajak merehatkan diri buat waktu ini.
Menerusi perkahwinan mereka yang sudah memasuki usia lapan tahun, Ajak dan Afifah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Jad Thaqif, 7, Mohd Had Thaqif, 4, dan Nada Soffea, 2.

0 Response to "Ajak Dikejarkan Ke Hospital Selepas Tak Sedarkan Diri"
Catat Ulasan