Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memohon maaf kepada rakyat negeri itu berikutan krisis bekalan air yang terjadi sejak Selasa lalu.
"Saya mohon maaf kepada semua rakyat Selangor yang terkesan, namun bagi peluang kepada saya untuk mempertahankan diri dan beri penjelasan berhubung isu ini," kata Azmin dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis gotong-royong perdana KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) di Taman Keramat, semalam.
Selasa lepas, Syabas memaklumkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) di Bestari Jaya, Kuala Selangor mulai 6 hingga 9 Mac.
Bagaimanapun, tempoh pemulihan berkenaan tersasar daripada jangkaan apabila Sistem Mampatan Udara di SSP3 gagal berfungsi dengan baik menyebabkan lima batang paip bersaiz 1,100 mm rosak dengan dua daripadanya pecah serta terpelanting keluar daripada strukturnya.
Kejadian itu menyebabkan 427 kawasan di sekitar Lembah Klang termasuk Shah Alam, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat terputus bekalan air sehingga Ahad.
Mengulas lanjut, Azmin berkata krisis air disebabkan kemalangan yang berlaku di Loji Rawatan Air Selangor 3 (LRASSP3) milik Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).
Kata Azmin, Splash adalah syarikat milik swasta dan bukan milik kerajaan negeri.
"Semua kerja menyelenggara mesti dilakukan oleh Splash dan oleh kerana kita masih dalam proses mengambil alih Splash dan ia masih berjalan sehingga Julai ini kami tak boleh masuk untuk menyelenggaranya," katanya.
Bagaimanapun, Azmin berkata pihaknya telah meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) untuk menyiasat penurunan pengeluaran di SSP3 sebaik sahaja kerajaan negeri menjalankan siasatan mengenainya.
"Kita minta Span masuk ke dalam SSP3 tengok mengapa pengeluaran menurun sebelum mendapati beberapa pam yang perlu dinaik taraf dan kita juga telah arahkan Splash mengambil tindakan segera," katanya.
Ekoran daripada masalah tersebut Azmin berkata pihaknya memperuntukkan hampir RM800 juta untuk membina loji rawatan air tambahan bagi menjamin kelestarian air terawat.
"Saya baru merasmikan Loji Rawatan Air Semenyih 2 pada bulan lalu, kos projek bernilai RM177 juta yang dibiayai oleh kerajaan negeri dan kami terpaksa guna rezab kerajaan negeri," katanya.

0 Response to "Azmin Mohon Maaf Pada Rakyat Selangor"
Catat Ulasan