KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara (JAN) menghadapi kekangan semasa menjalankan pengauditan di mana sebahagian daripada dokumen asal dan penting lewat diserahkan atau tidak diserahkan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tujuan pengesahan transaksi dan sebagai bukti audit.
Berdasarkan Ringkasan Eksekutif Laporan Pengauditan 1MDB, kekangan ini memberi kesan yang ketara terhadap pengauditan dari segi mengesahkan kedudukan sebenar kewangan dan operasi syarikat serta transaksi berkaitan.
Antara dokumen yang tidak diserahkan adalah Akaun Pengurusan (Management Account) Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 dan penyata bank dari institusi kewangan luar negara.
"Tiada capaian dapat dibuat terhadap komputer, 'notebooks' dan 'servers' di 1MDB bagi mendapatkan data serta maklumat untuk tujuan rujuk silang dan analisis semasa pengauditan," katanya laporan itu.
Dalam laporan itu, JAN juga mengenalpasti punca syarikat 1MDB dirundung masalah adalah daripada aspek berkaitan tadbir urus korporat dan kawalan dalaman kumpulan secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan.
Laporan itu mendedahkan, puncanya adalah sebahagian tindakan pengurusan 1MDB dan keputusan oleh Lembaga Pengarah syarikat itu didapati dibuat secara tidak teratur.
"Dalam tempoh 2009 hingga 2015, beberapa keputusan pelaburan penting dengan nilai pelaburan yang tinggi dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tanpa perbincangan dan penilaian secara terperinci.
"Beberapa pertimbangan berhubung pelaburan dibuat dalam tempoh yang singkat dan berisiko tinggi.
"Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB sudah memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 19 Januari 2016 bahawa perbincangan ada dibuat sebelum kelulusan diberi melalui resolusi," katanya.
Selain itu, laporan berkenaan juga mendedahkan, dalam beberapa keadaan, pengurusan 1MDB membentangkan maklumat yang tidak lengkap dan tidak tepat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sebelum sesuatu keputusan penting dibuat, tanpa kelulusan daripada Lembaga Pengarah syarikat itu.
Antara punca lain syarikat pelaburan strategik itu dilanda masalah adalah berpunca daripada pengurusan 1MDB yang bertindak memberi maklumat tidak tepat atau berbeza kepada pihak berkepentingan.
"Pengurusan 1MDB mengambil tindakan yang bertentangan atau tanpa mengikut sepenuhnya keputusan Lembaga Pengarah atau pemegang saham dalam beberapa peristiwa berkaitan pelaburan.
"Pengurusan penyelenggaraan fail dan rekod 1MDB adalah tidak sistematik dan kurang memuaskan," katanya.
Sehubungan itu, JAN mencadangkan tadbir urus korporat dan kawalan dalaman syarikat 1MDB harus diperbaiki serta dipertingkatkan dengan melaksanakan amalan terbaik tadbir urus korporat yang dilihat dapat membantu syarikat mempertingkatkan kecekapan.
Dengan tadbir urus yang baik juga, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan 1MDB dapat membantu mencapai objektifnya, sekali gus membolehkan operasi syarikat diurus dengan teratur.
compensation mesothelioma, mesothelioma attorney houston, mesothelioma attorney california, mesothelioma compensation, pleural mesothelioma stages, mesothelioma lawyer directory, mesothelioma lawsuit settlements, statute of limitations on mesothelioma claims, lawyers for mesothelioma, mesothelioma settlement fund
Berdasarkan Ringkasan Eksekutif Laporan Pengauditan 1MDB, kekangan ini memberi kesan yang ketara terhadap pengauditan dari segi mengesahkan kedudukan sebenar kewangan dan operasi syarikat serta transaksi berkaitan.
Antara dokumen yang tidak diserahkan adalah Akaun Pengurusan (Management Account) Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 dan penyata bank dari institusi kewangan luar negara.
"Tiada capaian dapat dibuat terhadap komputer, 'notebooks' dan 'servers' di 1MDB bagi mendapatkan data serta maklumat untuk tujuan rujuk silang dan analisis semasa pengauditan," katanya laporan itu.
Dalam laporan itu, JAN juga mengenalpasti punca syarikat 1MDB dirundung masalah adalah daripada aspek berkaitan tadbir urus korporat dan kawalan dalaman kumpulan secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan.
Laporan itu mendedahkan, puncanya adalah sebahagian tindakan pengurusan 1MDB dan keputusan oleh Lembaga Pengarah syarikat itu didapati dibuat secara tidak teratur.
"Dalam tempoh 2009 hingga 2015, beberapa keputusan pelaburan penting dengan nilai pelaburan yang tinggi dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tanpa perbincangan dan penilaian secara terperinci.
"Beberapa pertimbangan berhubung pelaburan dibuat dalam tempoh yang singkat dan berisiko tinggi.
"Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB sudah memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 19 Januari 2016 bahawa perbincangan ada dibuat sebelum kelulusan diberi melalui resolusi," katanya.
Selain itu, laporan berkenaan juga mendedahkan, dalam beberapa keadaan, pengurusan 1MDB membentangkan maklumat yang tidak lengkap dan tidak tepat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sebelum sesuatu keputusan penting dibuat, tanpa kelulusan daripada Lembaga Pengarah syarikat itu.
Antara punca lain syarikat pelaburan strategik itu dilanda masalah adalah berpunca daripada pengurusan 1MDB yang bertindak memberi maklumat tidak tepat atau berbeza kepada pihak berkepentingan.
"Pengurusan 1MDB mengambil tindakan yang bertentangan atau tanpa mengikut sepenuhnya keputusan Lembaga Pengarah atau pemegang saham dalam beberapa peristiwa berkaitan pelaburan.
"Pengurusan penyelenggaraan fail dan rekod 1MDB adalah tidak sistematik dan kurang memuaskan," katanya.
Sehubungan itu, JAN mencadangkan tadbir urus korporat dan kawalan dalaman syarikat 1MDB harus diperbaiki serta dipertingkatkan dengan melaksanakan amalan terbaik tadbir urus korporat yang dilihat dapat membantu syarikat mempertingkatkan kecekapan.
Dengan tadbir urus yang baik juga, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan 1MDB dapat membantu mencapai objektifnya, sekali gus membolehkan operasi syarikat diurus dengan teratur.
0 Response to "Jabatan Audit hadapi masalah siasat 1MDB"
Catat Ulasan