KUALA LUMPUR: "Belum... Belum bersalin lagi... Jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni..."
Demikian kata pengurus penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak, di laman sosial Instagramnya sebentar tadi.
Kenyataannya itu turut disertakan dengan sekeping gambar dirinya bersama artis popular terbabit.
Menerusi perkongsian berkenaan juga, jelas Rozi, Siti masih sibuk menyelesaikan beberapa urusan bersamanya.
Ketika ini, peminat dan netizen sememangnya tidak sabar menunggu kelahiran bayi sulung penyanyi Biarlah Rahsia itu. Apatah lagi, Siti sendiri dijangka melahirkan cahaya pertamanya, hasil perkongsian hidup dengan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dalam masa terdekat.
Malah, Rozi sempat berkongsi pengalamannya yang masih menguruskan penyanyi itu, sehari sebelum beliau bersalin.
"Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu (ketika) uruskan @ctdk, esok nak bersalin, hari ini masih bekerja keras.
"Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam," katanya.
Sementara itu, rata-rata peminat Siti mendoakan proses bersalin penyanyi pujaan ramai berkenaan dipermudahkan.
Pada 5 Mac lalu, BH Online melaporkan, Siti, 39, memilih untuk melahirkan bayi sulungnya dalam tempoh dua minggu lagi menerusi pembedahan.
Katanya, pemilihan kaedah bersalin secara pembedahan dibuat atas nasihat pakar perbidanan yang merawatnya.

0 Response to "Siti Belum Bersalin"
Catat Ulasan