KUALA TERENGGANU - Tindakan tidak bermoral seorang wanita yang sering membawa teman lelaki balik rumah terbongkar selepas rumah sewanya di Kijal, Kemaman diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), pada Khamis lalu.
Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam memaklumkan wanita berusia 37 tahun itu didapati sering membawa lelaki tidak dikenali masuk ke rumah sewanya tidak kira siang mahupun malam.
Bagaimanapun, menurut sumber, semasa serbuan, didapati wanita itu bersama bekas suaminya, 34, dan tiga kanak-kanak dipercayai anak mereka.
"Soal siasat mendapati wanita itu sebenarnya sudah bercerai dengan bekas suaminya sejak lima tahun lalu.
"Selepas dipaksa, wanita itu turut mengaku dalam masa sama sering membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah itu.
"Bagaimanapun, wanita tersebut merayu agar tidak diberitahu kepada bekas suaminya kerana memberi alasan hendak membina hidup baru bersama lelaki itu," katanya.
Sumber berkata, namun, semasa keterangan kedua-duanya diambil, wanita itu mengaku tidak mahu berkahwin dengan bekas suaminya lagi.
"Wanita itu menjelaskan yang hubungan mereka tidak direstui keluarga bekas suaminya yang kini bekerja di Kedah, dan akan datang ke rumah itu sekali sekala sahaja.
"Kata wanita itu lagi, secara kebetulan semasa serbuan ini, bekas suaminya datang melawat dia dan anak- anak," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu.
Jelasnya, kedua-duanya akan didakwa kerana kesalahan berkhalwat.

0 Response to "Bawa Balik Teman Lelaki, Tapi Kantoi Bersama Bekas Suami"
Catat Ulasan