BALING - Ahli Parlimen Baling merayu sokongan guru untuk memastikan kemenangan BN pada PRU tahun ini.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sokongan guru menentukan kepimpinan negara pada masa akan datang.
Katanya, 25 peratus sokongan cikgu-cikgu akan sumbangkan kemenangan.
“Saya merayu sokongan guru-guru. Tanpa kamu, saya berani jamin kami akan tewas,” katanya di hadapan ribuan guru dalam ucapan Perjumpaan Profesionalisme Menteri Pendidikan Malaysia Bersama Warga Pendidikan Daerah Baling di dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling, hari ini.
Abdul Azeez berkata, undian guru pada PRU kali ini juga penentu kepada masa depan warga pelajar.
“Saya merayu..saya merayu demi masa depan anak-anak, pastikan masa depan dan hala tuju mereka terjamin.
“Mereka tidak berdosa cikgu. Saya minta janganlah kita terpedaya, terpesona dengan hasutan pelbagai pihak," katanya.

0 Response to "Tak Mahu BN Tewas, Azeez Rayu Sokongan Guru"
Catat Ulasan